MAY
1. Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah-sekolah rendah Negeri Perlis.
2. Hanya seorang peserta sahaja mewakili setiap sekolah
3. Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :
3.1 buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.
3.2 cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.
3.3 cerita-cerita daripada bahan elektronik / internet.
3.4 hasil karya sendiri.
4. Tema Cerita : Kisah Tauladan dan Pengajaran
5. Kualiti cerita
5.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni
sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.
5.2 Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid.
5.3 Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan skopnya serta tidak tertumpu kepada
cerita-cerita rakyat sahaja.
5.4 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap
peserta diberi masa untuk bercerita antara 6 minit hingga 8 minit.
5.5 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8, menandakan masa persembahan
telah tamat.
5.6 Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.
5.7 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan
tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).
5.8 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke hadapan dan setapak ke belakang.
5.9 Peserta digalakkan memakai kostum.
5.10 Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau semasa pendaftaran.
5.11 Sepuluh markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta membuat persembahan cerita kurang daripada enam (06) minit atau melebihi lapan (08 ) minit.
* kurang daripada 6.00 minit dipotong 10 markah
Dari (minit) | Hingga (minit) | Markah Dipotong |
05.59 | 05.30 | 1 markah |
05.29 | 05.30 | 2 markah |
04.59 | 04.30 | 3 markah |
04.29 | 04.00 | 4 markah |
< 04.00 ke bawah | 5 markah |
* Lebih daripada 08 minit
Dari (minit) | Hingga (minit) | Markah Dipotong |
08.01 | 08.29 | 1 markah |
08.30 | 08.59 | 2 markah |
09.01 | 09.29 | 3 markah |
09.30 | 09.59 | 4 markah |
>10.00 ke atas | 5 markah |
v Pemotongan markah hanya dilakukan oleh Ketua Hakim sahaja.
5.12 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :
5.12.1 menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;
5.12.2 membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;
5.12.3 dibantu oleh orang lain;
5.12.4 menggunakan ‘props’, ‘back-drops’, muzik atau kesan bunyi.
5.13 Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.
5.14 Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan
pemenang:
i) teknik persembahan
ii) bahasa dan pertuturan
iii) penghayatan cerita
5.15 Setiap peserta dikehendaki mengisi dan menghantar borang penyertaan yang
disahkan oleh Guru Besar / Penolong Kanan berserta salinan sijil kelahiran.
5.16 Bilangan panel hakim akan ditentukan oleh pihak penganjur.
5.17 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.
6.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA
6.1 Teknik Persembahan 20 markah
6.2 Bahasa dan pertuturan 20 markah
6.3 Penghayatan cerita 20 markah
6.4 Interaksi dengan audiens 15 markah
6.5 Mesej/nilai dalam cerita 05 markah
6.6 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 10 markah
6.7 Kawalan suara 10 markah
Jumlah 100 markah
7.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada pihak penganjur
8.0 Tarikh tutup penyertaan ialah pada 17 JUN 2019.
9.0 Setiap penyertaan dikenakan bayaran RM 5.00 untuk makanan peserta.

(sumber: https://gpmtunjong.blogspot.com/2019/05/syarat-syarat-pertandingan-bercerita.html )